Wednesday, April 29, 2009
SEJARAH SEKOLAH RAJA ZARINA
Sek.Men.Keb.(P) Raja Zarina telah ditubuhkan pada 10 Januari 1966 di kawasan seluas 9 ekar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan tapak lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sempena dengan itu, nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaaan (Inggeris), Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Sweettenham, Selangor.
Sek.Men.Keb.Raja Zarina telah dibuka dengan rasminya oleh Raja Puan Muda D.Y.T.M Raja Zarina Binti Tan Sri Raja Zainal pada 14hb. Mac 1974. Mulai tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sek.Men.Keb.(P) Raja Zarina. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini merupakan gabungan tiga buah sekolah di sekitar Pelabuhan Klang iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang (kini SMKPRZ), Sek. Men. Ren. Keb.(L) Pelabuhan Klang (kini SMK Dato Hamzah) dan Sek. Men. Pelabuhan Klang(kini SMK Tengku Ampuan Jemaah).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment